Monday 18 March 2013

Yeaayyy ! Tamat sudah semester !

Views


Assalamualaikum w.b.t

Yeayyy ! Gosok mata laju - laju . Pejam celik pejam celik .  Masih tak percaya yang diri sendiri dah berjaya tamatkan Asasi di Universiti Malaya Nilam Puri nih . Alhamdulillah . Segala puji bagi Allah ;)
Belajar sudah , final sudah , then ? Kahwin la , apalagi kan . Ewww ! gedik ! Haha , tipu jek , even da habis final tak boleh nak rasa senang lagi selagi tak selesai interview for degree . Harap sangat - sangat interview ini diBATALkan untuk batch kami . Aamiiin...

Cukup dulu cakap pasal interview . Nanti kita bincang laen k . Apa yang nak dikongsikan kat sini ialah pengalaman aku sendiri sepanjang 4 semester kat sini. Banyak sebenarnya kenangan - kenangan yang terukir kat sini . Dari mula - mula sampai sini hingga la ke pengakhiran aku kat sini . So far alhamdulillah , banyak sangat pengalaman manis dn pahit yang aku dapat kat sini dari mula - mula jejak kaki ke bumi Nilam Puri ni hinggalah tamatnya perjalanan kami kat sini .


Roomate

Kalau nak tahu benda yang pertama yang aku fikir dan risau2 adalah roomate . Yerla , aku dahla jenis tak mesra dengan orang yang tak kenal . Mula membayangkan keadaan roomate aku . Dari hari 1st daftar lagi cam tak sabar nak tahu satu bilik dengan sapa . Tup - tup alhamdulillah . Dapat roomate yang sempoi2 and geng sekepala semuanya !


Ni la rupa nya romate aku sepanjang semester 1 dan 2 . Dari kiri Put and yang paling kanan sekali kak wan . Senior kite orang . Sekarang dah pun sambung degree di UMKL . Seronok dapat roomate cam dia orang ni . Riuh satu bilik .



Semester 3 dan 4 pulak berpindah bilik dan bertukar roomate . Dua2 adik junior . Seronok dapat adik - adik ni sebab dapat buli dia orang puas - puas . Basuh baju , kemas bilik , buatkan air .Haa , semua boleh . Bahaha  !  Yang paling kiri tu kak senior dia orang yang kadang - kadang boleh kena sawan kalau ketensionan berlaku , yang tengah tu Jiha dan yang kanan sekali Aida .

Jiha ni happy go lucky . Gegeh je dye . haha . Kalau lepas balik tandas mesti berebut - rebut punya dengan Jiha ni . Berlumba siapa paling cepat masuk bilik la . Kalau lambat confirm - confirm and sah - sah kena kunci kat luar . Jiha lettew orang nye ... ekeke!

Kalau Aida pulak jenis yang pendiam sikit . Tapi diam -diam ado ubi berisi jang ooii . Oghang nogori kan . Mata Aida cantik . Coklat hazelnut gitew . Bertuah rasanya dapat satu bilik dengan orang mata cantik ni . Terserlah aura natural beauty kat situ . hehe


Bilik

Hmm . Ni lagi satu benda penting bagi aku . Bilik . Kononnya pegang dengan
prinsip "Bilikku Syurgaku  " gitew .


Loker dan meja study haruslah sentiasa kemas ye cik puan . Kalau mak cik pak cik tengok sah - sah boleh tersangkut nak wat menantu . Haiisshh , terharu la . Wallawalla weyh !

*ni la ghupenye tangkap gambar pakai handpone koman 

Ni salah satu aset penting untuk aku . Siap double tilam lagi tu haa . Katil ni la tempat aku study , tempat hafal 100 hadis , tempat hafal surah2 Al-quran , tempat makan . Pendek kata katil ni la segala-galanya . Entah la , bukannye takde meja study , tapi da terbiasa study , menghafal dalam keadaan terbaring . Cuba kalau aku study dalam keadaan duduk di meja study , confirm2 aku tak boleh nak fokus disamping akan ada kelenguhan -kelenguhan di situ  .


Classmates 

Hmmm . Bagi aku kawan adalah segalanya . Dan sekiranya aku diberi pilihan antara kekasih dan kawan  , sudah tentu kawan yang akan menjadi pilihan aku . Bagi aku takde kawan hidup cam tak perfect . Sedangkan kawanla yang akan bersama kita even susah dan senangkan . Kalau kekasih ? Hmmm , tak tahu la nak cakap pe . Tak de pengalaman . *Tepuk dada tanya sendiri ==> Menyampah !





Tengokla tumbesaran kami v_^


Ni time mula - mula dapat tahu classmates . Minggu Haluan Siswa ;))
Any komen ? Hit the like 1000 times please ! 


Semester 1


Semester 2


Semester 3



Semester 4

Takkan dilupakan saat - saat manis dan indah sepanjang 4 semester kat sini . Bersyukur sangat dicampakkan oleh Allah di bumi tarbiyyah ni .  Alhamdulillah , bi'ah kat sini berjaya membawa seribu satu perubahan dalam diri aku . Rasanya tak payahla kot nak cerita perubahan apa . Nanti jadi riak dan takabbur pulok . Tak maw , tak maw, tak maw . Haissh . Astaghfirullah 3x ... Hehehe . 


Antara perkara yang aku sangat rindu bila da habis semester ni  :

1) Rindu nak gi kelas lagi 
2 ) Rindu nak jumpa lecturer yang semuanya baik - baik belako 
3) Rindu nak neves2 and pucat2 bila kena buat presentation atau bagi tazkirah 
4) Rindu nak lumba - lumba ngn adik roomate sapa cepat masuk bilik 
5) Rindu dengan classmates ;'( Sob3 ...
6) Rindu nak bangun pagi -pagi and siap2 pergi kelas lagi 
7 ) Rindu mango juice pak cik Azukie . Sedap woo !
8 ) Rindu nak tengok  tuuuuuuuuuuttttttttttt2 ! *so gediks okay
9) Rindu ILYANA !!!


Terima Kasih sudi baca  . 

Babai  !




psssstt : stay tuned dengan entry Malam Anugerah Kolej . Will be update soon !






!...Lepas baca LIKE dan KOMEN sekali tau...!

No comments: