Sunday 10 March 2013

Just a sharing ;)

Views

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum w.b.t . 
Salam petang yang sangat indah . Cuaca di Kelantan sangat cantik . Waktu pagi berkabus , waktu petang pulak disinari sirna matahari . Subhanallah wal hamdulillah !


Entahla , da hampir nak terlena tadi . Tapi tangan pulak rasa 'gedik' nak menaip . Nak tidow pon
 hati tak senang . Entahlah , tak faham dengan perasaan diri sendiri sekarang ni . Kadang rasa happy , kadang2 tu rasa moody , kadang2 tu rasa nak menyendiri , selera makan pulak naik turun naik turun . Da seminggu lebih da makan nasi tak pernah habis . Takde selera la kononnya , tak lalu .  Entah apa yang
 difikir , kadang - kadang terlintas jugak dalam hati " eh , aku ni da nak mati ke ?"," Ajal aku da tak lama ke ? "  . Kadang -kadang mengarut pon ada . Dah seminggu lebih camni , kalau fikir-fikir takkan la sebab exam kot . Sebelum ni chill je , happy je ,makan pulak ter-over limit je . Exam kali ni pon
 happy , suka . Tapi hakikat nya sebalik suka tu ada sembunyi duka nya . 
Tapi apa dukanya ???


Hmm...bila rasa down je tak tahu nak buat apa . Kadang - kadang orang tegur kita , cakap dengan kita , rasa cam nak marah sangat ,sakit hati . Padahal cakap je pon , bukannya marah ke , perli ke , hina ke . Dalam hati ya Allah , tak tahu la Setan apa yang menyinggah ni ! Tak pasal-pasal kesian pulak dekat kawan tu . Belum lagi tahap stress . Tapi bila stress dah mai , haa mula la rasa tak nak bercakap dengan semua orang . Rasa nak menyendiri je . Duduk sorang-sorang , termenung . Isshh ! Tak tahu la , simpton - simpton ni memang aku tak leh nak trace la punca nya apa . 


Masalah ? Sapa je manusia dalam dunia ni yang takde masalan kan ? Semua ada , tak kira besaq ka , kecik ka mesti ada masalah . Ye , tak dinafikan memang ada masalah jugak sekarang ni , tapi rasa cam tak ada kaitan la plak dengan masalah sekarang ni . Haissh ! macam la masalah tu besar sangat kan .


Tapi Alhamdulillah . Aku ada 'mereka ' . Kekasih aku yang ke 4 selepas Allah, Rasul, Umi dan Abah 
Rasa down , takde mood , stress , tension . Dia orang la pengubatnya . Kadang - kadang rasa malu jugak nak cerita masalah sendiri dekat die orang . Bila telefon baru je nak cerita tiba-tiba tak jadi sebab malu ,
 so buat-buat la konon-kononnya nak cakap dengan anak saudara . Takpe la , dapat dengar suara
 budak - budak pon rasa macam da terluah sikit masalah ni ...Hmm...



  Thanks very much kak long , kak ngah , kak chik , mimi .


Syukur ada mereka  . Walaupun tak semua benda aku story dekat dia orang tapi sekurang-kurangnya aku ada mereka yang boleh menenangkan aku . Thanks jugak dekat umi . Even aku tak story semua cite dekat umi , tapi tengok umi pon rasa tenang hati . Masalah pon rasa cam tetibe ter'delete' . Tak boleh bayang kalau aku sendirian . Mungkin hanya luah masalah  dengan menangis je . Nak marah menangis , terasa hati menangis , kalau orang marah lagi-lagi la nak menangis . Dasar orang banyak air mata !


Apapun jangan lupa , setiap kali ada masalh , hati tak tenang hanya SATU je yang boleh
 menghilangkan rasa tu . ALLAH ;)
Berdoa dan berzikir , insyaAllah Allah tolong kita . Disamping tu , amalkan ayat
 ni untuk mengurangkan rasa keresahan tu . InsyaAllah .

 Pesanan untuk diri sendiri jugak ;) 


ihsan google


Salah satu doa untuk menenangkan hati...Antara kebaikan doa pelembut hati ini adalah baik diamalkan untuk meredakan perasaan marah, melembutkan hati yang keras, mengatasi sikap suami yang panas baran, mengatasi anak yang degil, malas beribadat dan sebagainya.


Selamat beramal 

Penat menaip , jom tidow . Malam kang kita kena gigih study ;p
LOL

Babai !



psssttt : lagi 2 paper , tak sabar nak habis final ni ! =_+








!...Lepas baca LIKE dan KOMEN sekali tau...!

No comments: