بســــم
الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad
Alhamdulillah.
Lama blog ni senyap. Rindu pulak nak menaip and bercerita lagi. Syukur ke hadrat Allah, diberi kesihatan yang berpanjangan selama berada di tanah suci walaupun ada la jugak simptom-simptom batuk tuh. Tapi normal la kan.
Alhamdulillah, hampir seminggu dah balik kat tanah air. Selama berada kat sana, MasyaAllah. Sangat seronok. Sampai sekarang masih rindu dan teringat-ingat keadaan dekat sana.
Jadi dengan ini, tuan tanah nak cerita sikit dari hari mula-mula nak pergi ke sana sehingga la hari terakhir berada di sana. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menggembirakan semorang yang membaca diari online tuan tanah nih. Ehehe *icon monyet senyum.
Perkongsian pengalaman ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk berkongsi pengalaman sendiri sahaja, tiada kena mengena dengan unsur-unsur lain. If korang rasa entri ini tidak menyenangkan hati korang, korang dialu-alukan untuk meninggalkan ruangan ini.
Terima Kasih :)
15 April 2014
Sebelum kitorang bertolak ke sana, pagi-pagi lagi kitorang dah bangun, mandi sunat musafir dan bersiap-siap apa semua. Sejujurnya, berat sangat hati nak pergi masa tu, tak tahu lah kenapa. Mungkin 1 sebab teringat yang nak pergi Makkah ni kena naik kapal terbang dan kebetulan pulak waktu tu heboh tentang kehilangan MH370 tuh kan. Hehehe. Sampai diri sendiri trauma dan berdebar-debar nak naik kapal terbang. Apapun, doa banyak-banyak dekat Allah. Doa siap-siap dalam hati semoga Allah ikhlaskan aku dan betulkan balik niat dan tujuan aku ke tanah suci.
Kami ke sana dengan pakej Juara Travel and Tours dengan Umi, kakak, adik, pak cik, mak cik, 2 orang sepupu dan jemaah-jemaah lain daripada pelbagai negeri. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kami untuk ke tanah suci tuh. Korang nak tengok lagi gambar boleh ke Facebook Juara Travel. Banyak info-info and gambar-gambar jemaah umrah yang lain yang diorang update kat sana. Check it out there ok!
Dengan sepupu, Aisyah.
Sepatutnya flight kitorang pukul 11.30am, tetapi delay pulak 1 jam. Dalam pukul 12.25 tuh baru la kitorang naek flight dari Airport Kota Bharu ke KLIA.
Sesampainya kat sana dalam pukul 2 camtuh, kitorang stay dekat KLIA tu lebih kurang 5 jam camtuh sebab flight kitorang yang seterusnya ke Abu Dhabi Airport dalam pukul 7 lebih camtuh. Sebelum berangkat tu, kitorang diberi taklimat oleh pihak pengurusan pakej Juara tu. Adala dalam 15 minit taklimat tu. Masa tu, automatik perasaan takut dan berdebar tadi bertukar jadi tak sabar nak jejakkan kaki kat tanah suci. Kitorang ke Madinah dahulu selama 3 hari then baru lah ke Makkah untuk menunaikan ibadah Umrah.
16 APRIL 2014
Alhamdulillah.
Kitorang sampai ke Jeddah kira-kira pukul 4 pagi keesokan harinya. Sampai-sampai je kebetulan pulak masuk waktu subuh. Bila kira-kira balik, perjalanan daripada KLIA ke Abu Dhabi ke Jeddah makan masa dalam 9 jam camtu la. Aku pun tak pandai sangat nak kira sebab lain negera lain keadaan dia. Maksud aku siang dan malam yang berbeza. Mula-mula pelik jugak asal naik flight tadi nak Maghrib tapi sampai-sampai je dah subuh. Pastu Umi cakap, lain negara lain la waktunya. Masa tu baru oooooo, macam tu rupanya. Hehehe.
Dah sampai Jeddah tu, nak melepasi Imigresen dekat Jeddah ni tersangatla banyak dugaannya Ya Allah. Tapi Alhamdulillah aku, umi, kakak, sepupu, mak cik and beberapa jemaah yang lain dapat lepas awal. Yang kesiannya dalam 13 orang jemaah lelaki yang laen yang tak lepas-lepas tuh termasukla adik aku sendiri .Bayangkan daripada subuh kitorang kat situ, pukul 10 pagi baru boleh gerak ke Madinah. Tak tahu la sistemnya camne. Umi kata sebelum-sebelum ni tak macam ni pun. Tapi tak apa la, mungkin Allah saja nak uji kesabaran hamba Dia kan :)
Bila dah lepas semua jemaah-jemaah tadi tuh baru la kami bertolak ke Madinah dengan bas yang pakej tuh dah sediakan. Perjalanan nak ke Madinah ambik masa lebih kurang 5 jam.
2 jam sebelum sampai Madinah tu kami singgah solat dan makan nasi arab di lokasi yang tidak diketahui.
Hehehe.
.
.
.
.
.
.
.
.
Will be continue with Diari Musafir Part II, insyaAllah bila rajin dan ada masa nanti ok?
:)
Enjoy your reading.
See you guys soon!
Assalamualaikum.
p/s : masa, keadaan dan aktiviti mungkin sedikit tak sama dengan yang sebenar. Sorry! Tuan tanah banyak makan semut.
2 comments:
Salam..akak pun ikut pakej juara 31 march hari tu..baca blog awak teringat ape yg akak lalui.. naik flight..urusan visa... semua sama..seronok dan tetibe rase rindu nak g lg kan..truskan menulis part 2 tau..
Wssalam.
Hai kak Miss FS.
Tq sudi baca blog kita yang tak seberapa ni taw :)Iyup kak. Sangat seronok dan sampai sekarang masih rindu2 suasana kat sana. Semoga kita semua dijemput lagi oleh Allah kerumahNya. Aamiin :) InsyaAllah, will be update soon :)
Post a Comment