Friday, 23 May 2014

DIARI MUSAFIR PART II

Views


بســــم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t


Ok sambung balik entri yang janji nak update rituh. If ada yang belum baca atau ketinggalan boleh baca kat sini laju-laju -----> DIARI MUSAFIR PART I.


Ok dah baca kan?

 Sambung balik part II nih. Sebenarnya diri sendiri pon macam ingat-ingat lupa hari apa, masa bila dan apa aktiviti kami dari hari pertama, kedua dan ketiga kami di Madinah. So saya cerita secara random je la erk, maksudnya tak ikut susunan hari and cerita apa yang saya ingat jer la ye. Maafkan tuan hamba.

 Sejujurnya sekarang ni dok teringat-ingat lagi keadaan dekat sana walaupun dah hampir tiga minggu balik ke tanah air. Teringat berjalan dari hotel ke Masjid Nabawi, Masjidil Haram, pergi ziarah, dan teringat semualah yang dekat sana.

Apapun semoga kunjungan kami ke tanah suci untuk kali ini bukan kunjungan terakhir bagi kami dan semoga kita semua dijemput lagi oleh Allah ke rumahNya.

 Aameeenn :)





16 APRIL - 19 APRIL ( Madinah )


Alhamdulillah kami sampai di hotel Andalus Darussalam lebih kurang pukul 4 camtu. Kami berkumpul di lobi hotel untuk dibahagikan bilik masing-masing. Alhamdulillah, hotel, bilik, makan and servis kat sini sangat-sangat memuaskan. Dapat berteduh daripada panas hujan pun dah syukur sangat-sangat. Tak de ape yang nak di-komplainkan rasanya. Bilik selesa, makan pun sedap, hotel pun dekat dengan masjid so tak perlu la berjalan jauh untuk ke masjid. . Btw, terima kasih juga kepada pihak pengurusan Juara Travel di atas servis dan perkhidmatan yang memuaskan sepanjang kami di sana. 
Alhamdulillah :)









*can you spot me? ehehe =p





Sementara tunggu nak pergi solat maghrib dekat masjid. Mula-mula sampai biasalahh. Terlebih awal daripada orang lain. Ehehe :)






Ni cilok adik punya gambar. 
Sebab tu kalau korang perasan, lelaki je semua dalam gambar nih. Ehehe. 


Solat maghrib, solat pertama kami di Masjid Nabawi.
 Sesudah menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi ni, perasaan dia ya Allah. Tak payah cakap la. tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Macam tak percaya diri sendiri ada kat sini, bersyukur tak terhingga Allah jemput aku ke sini. Itu je yang terlintas dalam hati masa tuh.

Alhamdulillahirabbil'alamin :')


Di Madinah ni jugak lah kali pertama dalam hidup aku solat jumaat dan solat jenazah. Sebelum ni cuma pernah belajar je tentang solat jumaat dan solat jenazah ni tapi tak pernah praktikkan dalam kehidupan seharian. Dekat sini, setiap waktu dan setiap hari ada solat jenazah. Sebelum tu kami dah diingatkan awal-awal oleh mutawwif kami, Ustaz Nasir supaya jangan solat sunat dahulu selepas solat fardhu tapi solat sunat jenazah dulu lepastu baru la solat sunat ba'diah sebab fadhilat solat sunat jenazah ni, masyaAllah tersangatlah besar. Fadhilatnya jugak ada dinyatakan dalam hadis Nabi. 


" Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga jenazah itu disembahyangkan, maka dia seolah-olah mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak) dan sesiapa yang menghadirinya sehingga jenazah itu dikuburkan, maka dia mendapat dua qirat. Sahabat bertanya: Apakah dua qirat itu? Baginda s.a.w bersabda: Seumpama dua gunung "





Nampak kan lampu-lampu yang cantik tuh, tu pemandangan Masjid Nabawi waktu malam.


Ladang kurma 

Keesokan harinya program kitorang adalah ziarah. Tempat yang kitorang pergi hari tu adalah ladang kurma, Bukit Uhud, melawat makam syuhada' pastu ada lagi beberapa tempat yang kitorang pergi tapi diri sendiri tak ingat. Silap besar sangat masa tuh sebab tak take note semua tempat yang kitorang ziarah harituh :( . 
Kalau tak mesti takkan jadi pelupa macam ni. Ehehe.

Ok. Apa yang best kat ladang kurma nih, kita boleh makan apa-apa je kurma dan coklat yang kita nak and sebanyak mana yang kita nak. Tak payah bayar. Pendek kata tester la kononnya. Padahal nak dekat sekilo jugak kitorang makan. Ehehe. Tapi kalau nak tapau bawak balik tu haruslah kena bayar kan. So, make sure bila pergi ladang kurma ni makan dulu puas-puas baru beli okey :) 

Cop2, lagi satu kalau nak beli kurma,kismis,apricot, buah tin dan sebagainya saya sarankan korang beli dekat Madinah sebab kat sini lagi fresh dan lagi murah daripada kat Makkah. 




Sape-sape yang suka coklat memang kena datang kat sini taw





Ziarah Bukit Uhud dan Makam Shuhada'

Di Jabal Uhud tempat berlaku perang Uhud sehingga mengorbankan ramai para pejuang islam di tangan tentera kafir tetapi kematian mereka tidak sia-sia kerana syurga adalah balasan mereka yang mati syahid seperti yang dijanjikan Allah S.W.T. Pernah berlaku banjir besar di sekitar perkuburan ini sehingga banyak perkuburan terbongkar dan yang menakjubkan ialah kelihatan darah-darah mengalir keluar sama-sama membanjiri seolah-olah mereka baru sahaja dikebumikan sedangkan peristiwa tersebut berlaku beribu tahun dahulu. 






Gambar sebelum get ready




Ok, sekarang baru gambar ready



Selfie berjemaah. 
Yang depan tu tok imam dia, yang belakang-belakang tu ma'mun dia
Harap maklum ;p

Selepas melakukan ziarah bukit uhud dan ladang kurma, kami ada jugak ziarah Masjid Qiblatain ( 2 kiblat) dan Masjid tujuh. Tapi ziarah kami setakat atas bas jer sebab tak sempat berhenti dan tengok lebih dekat masjid-masjid bersejarah ni disebabkan kesuntukan masa. Tapi, untuk pengetahuan setiap masjid-masjid yang disebutkan tu ada sejarahnya. 




Kalau korang perasan, Masjid kat atas ni ada dua kubah kan ? Yang mana satunya menghadap Baitul Maqdis dan satu kubah lagi menghadap Masjidil haram. Sedikit perkongsian kenapa ia di namakan Masjid Qiblatain. Perkongsian ini saya baca di internet dan blog-blog, sebarang kesilapan atau percanggahan informasi mohon sahabat-sahabat perbetulkan yaa :)


MASJID Qiblatain di Madinah al-Munawarah antara tiga masjid tertua di dunia selain Masjid Quba dan Masjid an-Nabawi. Pada asalnya ia dinamakan Masjid Bani Salamah kerana pembinaannya di atas bekas tapak rumah Bani Salamah.

Dalam sejarah perkembangan Islam, ia dinamakan Masjid Qiblatain kerana mempunyai dua kiblat, iaitu menghadap ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram di Makkah. 
Batu asas pembinaannya dilakukan sendiri Nabi Muhammad s.a.w dan siap pada 623. Baginda pernah bermalam di masjid itu selama 20 hari. 

Rasulullah menerima wahyu daripada malaikat Jibril mengutuskan supaya arah qiblat ditukar ke arah Makkah. Ketika itu baginda berada dalam rakaat kedua solatnya, turun wahyu memerintahkannya menukar arah dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram. 
Maka, baginda berperingkat mengubah arah kiblat menghala ke Makkah


Begitu juga dengan Masjid tujuh. Ada jugak sejarahnya yang tersendiri. Nanti korang try cari sendiri ye sejarah masjid tujuh ni sebab saya sendiri pon tak arif sangat tentang sejarah Masjid Tujuh ni. Kena banyakkan lagi pembacaan baru boleh cerita dekat sini. Masjid tujuh ni sama juga dengan Masjid Qiblatain, kitorang tak turun tengok dekat masjid-masjid ni. Hanya tengok dari dalam bas jer, hehe. 


Ada banyak lagi tempat-tempat bersejarah dalam sejarah Islam yang kami ziarah tapi ada yang tak sempat di-photo kan. Tapi takpe la kan, semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberi input kepada pembaca-pembaca blog saya sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.





Sedikit tips dan pesanan untuk sahabt-sahabat yang bakal ke tanah suci, please take note benda-benda nih ok! 

1) Bawak mask, niqab( perempuan jerrr) ataupun apa-apa je yang boleh menghalang habuk daripada memasuki mulut dan hidung.

2) Bawak spek mata, lagi-lagi pada musim panas untuk melindungi mata kita tuh daripada sinaran UV. Jangan jadi macam ioolllss, lupa bawak spek mata. Akibatnya, bila jalan-jalan dekat sana tak boleh nak bukak mata sebab panas teramat panas. Last sekali, beli spek dekat Bukit Uhud dengan harga 5 riyal. Masa tuh, baru boleh celik mata seluas-luasnya.Ehehhe. 

3) Bila pergi jenjalan or ziarah, please bawak dan jaga beg dan barang berharga dengan elok-elok.

4) Ni sangat-sangat penting, tolong JAGA PERCAKAPAN, TINGKAH LAKU DAN PERBUATAN korang. Kenapa? Dekat sana Allah bayar cash, tak de tangguh-tangguh dah. Jadi mohon jaga setiap perlakuan kita ye :) 


Ok. Tu je la kot untuk update kali ni. Sori, rasa macam tak lengkap sangat entry nih sebab tak dapat nak ingat semua tempat yang kami ziarah rituh ada jugak tempat yang kami singgah tapi tak ambik gambar. Apapun semoga entry kali ini bermanfaat untuk korang dan sedikit sebanyak dapat berkongsi pengalaman sepanjang disana terutamanya kepada bakal-bakal tetamu Allah sekalian.  

Dan kepada bakal-bakal tetamu Allah sekalian sekiranya anda membaca blog saya sekarang ini ingin saya titipkan satu pesanan, sampaikan salam saya kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan doakan kami sekeluarga dijemput lagi dan lagi dan lagi dan lagi ke rumah Allah.
 Aameen :)



Last but not least, nantikan sambungan DIARI MUSAFIR PART III ( MAKKAH AL-MUKARRAMAH). Macam biasa, bila ada masa lapang dan tak sibuk kita update ok?!

Selamat membaca.

Assalamualaikum.
Have a nice day ahead :)




!...Lepas baca LIKE dan KOMEN sekali tau...!

No comments: