Thursday 14 November 2013

Superrr Duperrrr Busyyy Weekssss

Views

Assalamulaikum . Hai !
Salam Jumaat 


Untuk beberapa minggu ni sangat sibuk dengan segala kuiz, test, assigment, Micro-Teaching, BBM preparing semua sampai tak sempat nak jenguk diari online kesayangan ni . Jadi aku cuit sikit masa semata-mata nak update blog aku ni supaya takdela sunyi sepi cam tuan dia kan. 

Sebenarnya aku baru rasa sibuknya seorang universitian. Masa asasi dulu rasa lah jugak sibuk nya tapi tak sesibuk sekarang ni. Heeeee. Nampak sangat kau maen-maen hah !

Untuk kuiz dan test sedikit lega sebab dah selesai semuanya cuma tinggal oral and quiz English. Yang lain semua dah InsyaAllah. 

Untuk assigment pulak sangat lega sebab dah submit untuk Kaedah Pendidikan Islam (individu), tapi tak boleh nak lega sangat sebab lagi satu tugasan Kaedah Pendidikan Islam (berpasangan) belum dihantar dan baru 40% yang siap. Itu pun RPH pun masih berterabur lagi. Sebenarnya Kaedah Pendidikan Islam ni kami belajar cara dan kaedah untuk menjadi pengajar/pendidik/guru and so on la. 
So,dari sini kami akan belajar asas-asas untuk menjadi guru yang mana kena belajar buat RPH (Rancangan Pengajaran Harian) , Persediaan BBM (Bahan Bantu Mengajar) dan juga kami perlu membuat Micro-Teaching. Micro teaching ni kira macam berlatih mengajar la dan menjadikan suasana bilik kuliah tu seolah-olah kelas di sekolah . Lecturer akan bertindak sebagai penyelia dan menilai markah setiap individu. Ala , kira macam praktikal mengajar. Rasa macam tak sabar nak buat dan sediakan BBM tapi bab Micro-Teaching memang sangat nervous even kumpulan aku yang paling last kena micro-teaching. Aku bukan jenis yang suka bercakap kt depan and i also don't know how to teaching actually ;'(

Dan selain tu ada lagi 2 assigment in progress. Nampak macam senang tapi bila dah buat. Hah, ambik kau ! Tapi takpela, kita 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kan. Bukan senang nak jadi senang. hehe.
 Peaceee !


Ok tu jelah nak cite. Sori sebab entry ni macam pendek sangat. 
Lain masa kita citer kasi panjaaannnnnngg k :)
Doakan aku maju jaya dunia akhirat.



Babai !












!...Lepas baca LIKE dan KOMEN sekali tau...!

No comments: