Thursday 25 October 2012

Salam Aidiladha

Views

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim . . Lama sudah tak update cerita - cerita dekat sini kan ? Hmm , Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk bernafas dan terus bertapak di bumi Allah ni..
Salam Adiladha untuk semua . 


Sedikit perkongsian about Aidiladha  yang kite share dari satu blog nih . http://sumijelly.com . 
Bukan Aidil Zafuan dan bukan jugak Zaquan Adha tau ! Ngheee . . Mentang - mentang suka si kembar nih . Uwekkk ;p Larikkkkk !!!


Ok2 ! Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, Hmm , jangan malas - malas solat raya esok tau uolls ! Peringatan untuk diri sendiri jugak . . hihi . Sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah .


Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.



Sumber : Facebook


Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
KORBAN dari segi bahasa  dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah , bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam . 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah , di luar bandar Mekah.


See ! Subhanallah ! Teringin jadi salah seorang daripada berjuta - juta nih . Even ramai bersesak - sesak dan panas teriknya tapi tetap ramai kan ?  

Salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban . Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Alhamdulillah , raya haji tahun lepas pon aku dan keluarga sempat korban seekor lembu sorang satu bahagian , cuma tahun ni kami tidak berkesempatan nak korban sebab Umi n Adik at Mekah . 
Takpe , InsyaAllah murah rezeki laen tahun kita korban lagi .  Ameenn !





Ya Allah , murahkan lah rezeki ku dan panjangkan lah umurku agar aku berkesempatan untuk menziarahi rumahMu . Ameen . .  


Ok la .Sampai sini dulu . 
"Salam Aidiladha"

Babai !



p/s : tadi sempat tengok di channel TV Al-Hijrah , dimana kaen kiswah kaabah ditukar . korang tengok x ?





!...Lepas baca LIKE dan KOMEN sekali tau...!

No comments: