Thursday 12 December 2013

Moments to share

Views


Assalamualaikum w.b.t




 Ni gambar lengkap satu family, dari sebesar-sebesar umi dan abah, hinggala sekecik-kecik aku dan adik. hihihi

Bila tengok balik gambar ni rasa macam nak tegelak guling-guling pon ada. Kalau nak tahu, ni la kitorang zaman dolu-dolu.  Masa ni semua muda-muda lagi.haha. Bajet sekarang da tua-tua semuanya. 
Tapi tu la realiti, fitrah kehidupan kan. Rasa sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru semalam lalui zaman kecik-kecik cinonet dulu.


Kalau dulu, suka gaduh dengan adik laki aku yang sorang tu. Yerla, suke kacau orang. Dia dulu memang nakal gilerrr tau tak. Kadang-kadang kalau tahap kenakalan dia menjadi-jadi rasa macam nak tenyeh-tenyeh je kepala dia kat dinding taw. Haaa, part ni aku paling suka nak citer. Pernah sekali adik aku ni, dia pergi cucuk lubang hidung aku dengan besi yang dalam batang bunga hiasan tu. Masa tu aku tengah tidur, bangun-bangun je tengok hidung berdarah. Apa lagi, aku pun nangis arr. Masa tu umi  pun tengah tidur, sekali bila umi terjaga terkejut tengok hidung aku berdarah. Haa, masa tu apa lagi. Umi punya la energy dia kejar adik aku satu rumah, tak fikir apa dah. haaa, padan muka ! Pastu sampai sekarang terfikir, patutla hidung aku mancung terlebih-lebih, rupanya ni semua kerja adik..hahahaaha. Jangan mara aaa :P


Ingat lagi, dulu semua orang tak caye yang aku ni dah tingkatan 1 sebab aku dulu kecik cinonet camni la. Sampaila da masuk tingkatan 3 kalau tak silap, baru la proses tumbesaran berlaku kat situ. haha.

Hmm, teringin nye nak balik lagi zaman kecik-kecik dulu kan. Zaman yang bebas dari masalah. Tak payah fikir benda berat-berat. Dalam mimpi je la nak rasa semua tu lagi kan.


Hmm, ok la.
Tu jelah nak citerr. Rasa macam dah kering idea dah nih.hihi


Babai ! 
Salam sayang dan salam jumaat barakah




!...Lepas baca LIKE dan KOMEN sekali tau...!

No comments: