Saturday 30 November 2013

3R (Rindu, Rindu,Rindu)

Views


Assalamualaikum w.b.t


Selalu camni. Dah lama tak balik macam-macam rasa ada. Kadang-kadang dah elok-elok bukak buku *kononnya nak study* tapi tiba-tiba fikiran melayang ntah ke mana. 
Dah penat tipu diri sendiri dan orang lain dengan buat muka selamba and dont know bila ada yang tanya "tak rindu kat rumah ke?" , "tak balik ke?". Gila tak rindu, gila tak nak balik, mestila nak ! 

Malu nak nangis depan roomate lagi dah. Sebelum ni pernah buat perangai yang ntah pape ni. Bangun je tido, nangis-nangis nak balik depan roomate. Roomate plak dengan sepenuh hati pujuk.
Eeeiii, malu taw, malu !Lepas tu rasa macam eeiii, come on lah Nina ! Dah 20 tahun kot. Kau dah besar. Independence la sikit.

 Tapi esoknya, datang balik perangai tu, tapi kali ni malu dah nak nangis depan roomate.
So, cara yang paling suci dan selamat ialah tarik blanket dan bermula la sesi menternak ayaq mata. 


Oh maannnn !!!


Sekarang dah hujung tahun dan kat kampung mesti musim hujan time ni.
Rindu musim hujan kat kampung. Ubi rebus + kopi panas menu wajib time2 hujan.
Tapi kalau kat sini, hujan ke tak hujan sama je. Nothing was changing ! Rindu akan tenang dan damainya sawah padi depan rumah.


Rindunya suara-suara buruk anak buah kat rumah *opps ! sorry anak-anak kesayangan ciksu. hihi. Rindunya nak membebel dan tarik telinga dorang kalau tak dengar cakap. Tapi kat sini yang ada cuma suara-suara merdu roomates. uwekkks :P  Bunyi bas yang lalu lalang kat luar bilik. Bunyi suara sorak teriak atlit-atlit bola tampar. Bunyi kucing dok gaduh time malam-malam. hmmm.
 How boring it is ! 


Rindu makanan kampung. Nasi panas berulamkan ulam-ulaman *but not petai, jering dan seumpama dengannya, budu, ikan goreng. Even makanan-makanan camni such  a disgusting menu to some people. But for me, it is very appetizing hokeyyh ! Come on ! You guys should try it and you'll know how taste it is. 
Tak kenal maka tak cinta. hihi


Kalau nak cerita semua yang rindu memang takkan habis. Setiap masa, setiap perkara, setiap benda yang dirindukan. Hmm. Kite chaw dulu lah. Nak gi sambung balik aktiviti menternak tadi *sambil lap air mata* 


Tu je lah nak citerr.


Babai !



RINDU NAK DENGAR UMI MEMBEBEL!!!!!
opppsss! ada yang menambah pulak.hihi






!...Lepas baca LIKE dan KOMEN sekali tau...!

2 comments:

mrspuex said...

salam kenal..

http://mrspuex.blogspot.com

Niena Sweetlurve said...

Hai Ayang ;)