Bismillahirrahmanirrahim
Mengapa mengeluh dengan ujian Allah ?
Sedangkan itu adalah tanda kasih sayang Allah kepada kita
Mengapa mengeluh dengan ujian Allah ?
Sedangkan pertolongan Allah bakal menyusul kita
Mengapa mengeluh dengan ujian Allah ?
Sedangkan Allah rindu mendengar rintihan doa kita kepada Dia
Mengapa mengeluh dengan ujian Allah ?
Sedangkan Allah menunggu untuk memberi pembalasanNya
Mengapa mengeluh dengan ujian Allah?
sedangkan Allah sentiasa ada untuk kita
Mengapa merungut dengan ujian Allah ?
Sebaliknya berterima kasihlah kepada Allah yang sudah menduga kita
Mengapa merungut dengan ujian Allah ?
Sebaliknya bersyukurlah kita ada kekuatan untuk menghadapi dugaaNya
Mengapa merungut dengan ujian Allah ?
Sebaliknya bergembiralah kerana kita insan kuat yang bisa menghadapi segala dugaanNya
Kita sebagai hamba Allah,umat nabi, khalifah bumi
lain orang , lain ujian , lain pula dugaannya
bergantung pula bagaimana cara kita menghadapinya ,
dengan perasaan marah ? sedih ? takde perasaan ? atau kita sentiasa berfikiran positif dengan menghadapi ujian hidup dengan redha dan hati yang tenang serta bertawakal kepada Allah ?
Sebenarnya itu adalah sebaik-baik cara,
Sebenarnya itu adalah sebaik-baik cara,
jangan berprasangkan buruk kepada Allah , mungkin ada hikmah di sebaliknya , kita takkan tahu selagi kita tak menghadapinya .
Semoga diri sendiri dan sahabat-sahabat sentiasa kuat menghadapinya :)
Jangan risau. Allah sentiasa bersama kita
Salam sayyidul ayyam
salam Jumaat
d*_*b
Semoga diri sendiri dan sahabat-sahabat sentiasa kuat menghadapinya :)
Jangan risau. Allah sentiasa bersama kita
Salam sayyidul ayyam
salam Jumaat
d*_*b
No comments:
Post a Comment