Thursday 5 January 2017

Welcome Backkk !

Views


Assalamualaikm w.b.t 





Masih dalam mood peperiksaan. Lagi 1 paper pada 10 Januari ni sebelum berakhirnya semester 7 untuk tahun terakhir ini sebelum menempuh praktikal di sekolah insyaAllah. Hampir  2 tahun tak update blog. Sangat-sangat lama dan berjaya pecah rekod blogger paling malas di Malaysia sebab biarkan blog bersawang sampai nak masuk 2 tahun. Hihi. 

Alhamdulillah, dalam tempoh setahun lebih nak masuk 2 tahun tak update blog ni macam-macam la berlaku dalam hidup. Berubah dari satu fasa ke satu fasa, dari bujang sampai kahwin, dari baru nak masuk belajar sampai dah nak habis belajar. 
Alhamdulillah. 

Sebenarnya dah lama plan nak update dan cerita perjalanan hidup dekat sini, tapi bila bukak je laptop log in blog mesti tetiba idea tuh laju je larikk. Kalau tengah nak tidur ke, tengah mandi ke, tengah makan ke kan laju je idea tu datang untuk tulis sampai ada tuh yang tak pernah terfikir dek akal pon. Haha. Since kawan-kawan tahu Alhamdulillah aku pon dah berubah status kepada Puan pada Ogos hari tuh. Dan perubahan ni seolah-olah macam mimpi, tak pernah terfikir aku ni akan kahwin muda tambah-tambah aku tak habis belajar lagi. Yerla semua kakak-kakak aku dah habis belajar baru kahwin tapi aku la sorang-sorangnya yang  masih belajar masa kahwin. Cik somi la yang gatai pii ngorat, ioolss dah jual mahal tapi last-last tertawan jugak alahaiii..hehe 

Tapi sebelum kahwin pun sebenanya bukan senang-senang macam tu je aku terima cik somi.. Banyak fasa-fasa dan episodnya. Bukan dia ajak kahwin dan aku terus balas Ya. No! No! No! Banyak liku-likunya sebelum kami ambil keputusan untuk betul-betul serius dan ke langkah seterusnya. 


Hmmm kisah kami bermula apabila............










TO BE CONTINUED








!...Lepas baca LIKE dan KOMEN sekali tau...!

No comments: