Assalamualaikum w.b.t
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Amboiii tuan tanah! Sedap duduk nampak. 2 bulan tak update blog sampai bersawang.
Sedar pon diri nak update sekarang. heee *monyet senyum*
Alhamdulillah. Ala kulli hal, wa kulli ni'mat.
Syukur tak terhingga Allah hadiahkan orang sekelilling yang penyayang, ambil berat dan murah hati sangat nak tolong kalau tengah susah. Semoga Allah memberkati kalian.
Yang paling tak terhingga syukurnya bila Allah kurniakan aku seorang Umi. Umi yang sangat aku rasa kalau boleh nak bawak duduk kolej sama-sama dengan aku dan mana je aku pergi.
28 OKTOBER 1993
21 tahun dulu, jasad ni la yang aku tumpang selama 9 bulan sebelum keluar tengok dunia. Sakit, penat dan lelah semua umi tanggung. Semata-mata aku. Tiada hadiah yang semahal dan tinggi harganya melainkan dikurniakan seorang Umi yang banyak berjasa untuk aku.
Kalau nak dihitung segala pengorbanan umi, memang aku takkan mampu balas. Walaupun dengan duit juta-juta. Umi satu dalam seribu.
Terima kasih umi for everything.
Mengandungkan naa.
Melahirkan naa.
Menyusukan naa.
Masak untuk naa.
Suap makan naa.
Jaga makan pakai naa.
Ambik berat tentang naa.
Jadi umi dan abah dekat naa.
Banyak nasihat naa.
Jadi ATM naa (hehe)
Jadi sponsor naa kalau pergi supermarket ( hehe lagi)
Dan segala-galanya yang umi buat untuk naa dan anak-anak yang lain.
Semoga Allah memberkati Umi, panjangkan umur Umi dan kita sekeluarga.
Semoga juga Abah tenang di sana.
Al-fatihah :')
Oppss! Btw thank you sangat-sangat dekat kawan-kawan tak kisah la kawan biasa, kawan istimewa, , kakak-kakak kite, rumet kite yang wish befday kat kite, bagi hadiah kat kite, bagi coklat kat kite siap dengan nota bentuk love lagi letak atas meja study kite, datang bilik kite nyanyi happy birthday pastuh bawak pulak spagetti bolognese yang sedap tuh, bagi kek..
Alaaa, so sweetttt :'))
Thank You Kesayangan semua :')
Salam Jumaat
No comments:
Post a Comment