Friday, 21 March 2014

Pesanan buatmu...

Views

Assalamualaikum w.b.t


Agak lama jugak tak update cerita diri sendiri kat sini. Selalu update pasal SHAKLEE je kan. 
Tak banyak pon yang boleh cerita sebab memang takde perkembangan pape pasal diri sendiri yang nak di share. 

Btw tahniah untuk satu-satunya adik tuan hamba sebab dapat result yang cemerlang dalam SPM. 
Alhamdulillah syukur. Hebat tuh! Tapi sayang. Suruh jadi cikgu tanak. Uhh ! Tak minat katanya.
 Suka hati mu la dik.




Pesanan buatmu...

Sekejap rasanya, 
Abah pergi meninggalkan kita, 
Tanpa pesan mahupun kata-kata,
Tapi aku tetap yakin pintanya hanya satu,
Mahu anak-anaknya berjaya dalam hidup,
Berjaya didunia, berjaya di akhirat,

Berpuluh-puluh tahun Abah memerah keringat,
Tiada lain hanyalah untuk menyara kita adik-beradik,
Tempat tinggal yang selesa, 
makan yang terlebih cukup, pakaian yang tak habis untuk dipakai,
Dari kecil sehingga besar, 
Pesanannya hanya satu'
" Belajar bersungguh-sungguh", 

Itu baru Abah,
Belum lagi diceritakan Umi,
9 bulan dalam perut,
bawak kita sana-sini,
Sakitnya bukan kepalang nak melahirkan seorang demi seorang, 
Bukan sekali, bukan 2 kali, bukan 3 kali, Tapi 6 kali dik,


Apa lagi yang tidak cukup?,
Minta duit dihulurkannya duit,
Minta itu dibagi, minta ini ditunaikan, 
Minta makan itu, dimasakkannya,
Minta jahit baju, dijahitkannya.
Banyak sangat yang dibuatnya untuk kita,
Tak tersenarai...

Justeru itu, tanggungjawab kita apa la sangat,
Cuma seciput itu sahaja, 
Apa?
Belajar bersungguh-sungguh, doakan UMI and ABAH,
Bahagiakan mereka,
Bukan dengan wang semata-mata,
Tapi dengan kejayaan, 
Biar mereka menangis kegembiraan kerana kejayaan kita, 
jangan biarkan mereka menangis kerana kecewa dengan perangai kita...

sesudah berjaya,
Jangan pula dilupakan mereka,
Kerana khuatir hilang redha mereka, hilang juga redha Allah kepada kita,
Keran redha ALLAH itu adalah pada keredhaan IBUBAPA....

Ingatlah.....



Lots of love,
Your beautiful sister =p

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara mendidik kamisejak kecil lagi... Aameenn ;')











!...Lepas baca LIKE dan KOMEN sekali tau...!

No comments: