Wednesday 13 June 2012

Miraclenya bila kita bersabar

Views
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah , masih diberi kesempatan untuk menhirup udara yang nyaman hari ni . Hmm , rasa tak bertanggungjawab pulak biar blog berminggu - minggu tak berupdate . Dan bersawang - sawang gamaknya . Apa - apa pon , di kesempatan masa free dari sekarang sampai ke petang rasa gatal tangan pulak nak kasi conteng ini entri . . wakaka ! >> Gelak jahat !


 Saat kesunyian ni rasa nak update entry yang sedih - sedih jerk . Bukan untuk menagih simpati  apalagi menagih janji . Tapi sekadar perkongsian dan juga luahan





Mesti korang pernah dengar kan ayat Allah ni .  Tipula kalau ada orang yang tak pernah dengar ayat ni , sudah terang lagi bersuluh tak menghadap al-Quran kan ? Okey , berbalik kepada cerita sebenar , ini lah yang selalu aku pegang dan aku semat dalam hati di kala dalam kesusahan , dalam musibah malah bila rasa rindu dekat umi dan arwah abah sekalipun aku berpegang dengan ayat ini . 

Memang terlalu banyak perkara yang  aku jalani mesti ada sifat sabar ni. Apalagi dalam keadaan sekarang ni . Mula melangkah ke semester 3, rasa macam 1001 perkara ada dalam kepala . Bolehkan aku lalui dan teruskan semester yang agak mencabar ni ? Bolehkah aku jadi pandai seperti orang lain ? Mampukah aku buat itu ? Buat ini ? Boleh kata kan hari - hari hanya ini saja yang bermain di kepala otak aku ni . Melihat rakan - rakan di sekeliling yang cerdik pandai , rasa takut pun ada . Tapi , Alhamdulillah , ada kesedaran untuk aku berpegang dan beramal dengan ayat Allah ni kerana Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi kemampuannya right ?

Pastinya bagi semua pelajar bila berjauhan dengan keluarga mesti "homesick" kan ? Dan tak terkecuali jugak aku . Rasa sangat sayu bila tetiba je teringat dekat ahli keluarga di rumah . Teringat dekat umi lebih - lebih lagi bila teringatkan arwah abah . Kadang - kadang , ada jugak aku bertanya dengan diri sendiri  . Kenapa lah abah pergi dulu ? Kalau abah tak pergi dulu mesti tak jadi macam tu , macam ni . Mesti kalau abah ada , time aku tak balik , hujung minggu abah datang nengok - nengok aku . Bawak pergi jalan - jalan ke . Itu lah yang selalu aku fikir . Tapi , hakikatnya aku harus terima qada' dan qadar Allah kerana pasti ada hikmah di sebalik ketentuan Allah . Teringat lagi bila dapat result tryer SPM , Abah panggil aku dan bagi nasihat , dorongan dan semangat  , abah jugak nak sangat - sangat aku jadi Cikgu @ Ustazah . InsyaAllah , akan ku capai impian Abah

Bukan itu sahaja ,  dalam berkawan juga perlu ada kesabaran kan ? Kesabaran dalam melayan kerenah kawan - kawan . Alhamdulillah , sepanjang keberadaan aku disini aku dikurniakan kawan - kawan yang sangat caring , loving dan sangat ambil berat . Yang pasti korang memang sempoi dan gila - gila . Cuma ada sebahagian sahaja yang mungkin tidak suka dengan kegembiraan aku dengan kawan - kawan lain . Tapi apa yang aku fikir ,  aku tak menyusahkan dia orang , tak kacau hidup dia orang dan ianya bukan satu masalah yang besar untuk aku melayan dia orang . Sorry ! Saya tak da masa nak benci - benci kamu , sebab saya terlalu sibuk menyayangi orang yang sayang saya . Sekian terima kasih  !

Kalau nak diceritakan dari A-Z memang tak tertaip la kat sini kan . Namun , dalam menjalani kehidupan seharian sudah cukup mengajar aku erti kesabaran . Sabar dalam segala macam hal . Tapi dengan keberadaan mereka yang tersayang di sekeliling aku sudah cukup membahagiakan aku dan melupakan segala permasalahan diri . Terima kasih Umi , Abah , keluarga tersayang , kawan - kawan dan semua pembaca dan stalker setia blog aku .  

Kepada mereka yang mendoakan kebaikan saya terima kasih yang tidak terhingga saya hulurkan , dan kepada mereka yang mendoakan keburukan saya semoga awak , awak , dan awak diberi syafaat oleh Allah kerana hanya Dia yang mampu memberi syafaat... 

Babai !


p/s : entri ini hanya sekadar luahan hati yang tulus suci lagi ikhlas . Bukan untuk tujuan menindas ataupun membuat anda tertindas . 






!...Lepas baca LIKE dan KOMEN sekali tau...!

1 comment:

Xpresszoom.com said...

senang nak cakap SABAR tp sukar untuk melaksanakannya :)