Tuesday, 24 January 2017

#syahirninalovestory

Views


Assalamualaikum w.b.t 


Hmm kemahennn ngejek aku kan suruh update blog cepat-cepat jangan tunggu 2 tahun lagi baru nak hupdate! Amboiii, biasssa dia tu ! Hihi. Hmm bukan apa dia kalau nak menulis kena mental dengan fizikal dalam keadaan bersedia. Kalau tulis dalam keadaan terpaksa makanya kelaut lah penulisan kau. Ecehh bajet kan ?! 

Ok, hari ni cadangnya nak cerita macamana aku boleh tersangkut dekat ciksomi yang dulunya aku tak suka dan tak pandang langsung and kadang-kadang rasa annoying pun ada. Hihi. Dulu laa.  Btw kalau ada yang terlepas entry hari tu boleh jenguk SINI. Segalanya bermula di sana kihkih. Btw post ini kemungkinan post yang sangat panjang. Harap sudi dan bersabar baca dan segala penulisan ni hanyalah sebagai perkongsian dan kenang-kenangan untuk anak cucu cicit baca tentang kisah percintaan atok nenek dia ;p


JUN 2012

Ok laa. Berbalik pada cerita macam mana aku boleh kenal dan tersangkut dengan ciksomi adalah segalanya bermula di muka buku. Kononnya cinta muka buku la yeee. Satu hari tu aku ada terima 'friend request' dari ciksomi. Masa tu bermonolog la dalam hati 'Sape ni?' , 'Aku kenal ke? Masa ni tu je laa yang terlintas dalam hati. Scroll profile facebook dia memang aku tak kenal. Masa tu aku tahun 2 dekat Universiti Malaya Nilam Puri dan tengah buat Asasi kat situ. Bila dapat friend request tu aku tak terus klik accept, tapi aku biar je dulu sebab tak kenal sape kan. Then selang 2 3 hari dok scroll fb terdetik dalam hati nak tengok balik profile dia, dan hari tu jugakla aku accept friend request dia. Tak lama lepas tu aku ada terima message di facebook dan seingat aku perkataan 1st dalam mesej tu adalah,


" Goodluck muet "


Dan yes memang masa tuh kitorang tengah sibuk untuk test Muet. Start lepas dapat mesej good luck tuh jadi memanjang la pulak conversation kitorang. Ada jugak aku tanya dia macam mana boleh jumpa facebook aku. Then katanya dia selalu lalu depan UM Nilam Puri ni kalau balik kampung. Jadi dia search laa dekat facebook pasal UM Nilam Puri then nampak fb aku dia add. Patotlaa bila tengok mutual friend dia ada beberapa orang budak UM. Dia pernah tegur diorang tu dekat facebook tapi tak dilayan. Padan Muka! Haha. Lepas dari tu memang aku tak expect dia akan tegur aku lagi dekat facebook dan masa tu aku pun layan tak layan dia. Yerlaa jual mahal kata kan. puii! Hihi. Hari demi hari dia tak henti-henti tegur aku dekat facebook. Sampai satu tahap aku rasa macam eeiii mamat ni dah kenapa?? Masa tuh yana laa tempat aku cerita and ngadu sal mamat ni (yang mana sekarang dah selamat jadi somi aku dah pun). Haha! Yerla dah la tak kenal pastu mesej orang tak henti-henti. Masa tu kitorang hanya berhubung melalui facebook dan banyak kali jugak dia mintak nombor telefon dan memang aku tak pernah bagi. Tiba satu hari masa cuti semester panjang sebelum sambung degree di UMKL tuh aku dekat rumah kakak aku sebab jadi baby sitter anak buah, dekat rumah akak aku tu ada broadband. Masa tuh kan jakun dengan broadband, mana kenal lagi data internet bagai ni ;p Ok petang tuh bukak facebook dan dapat 1 mesej. Masa tuh tak terlintas langsung yang dia akan mesej lagi. Yerla dah lama gila kot tak bukak facebook takkan la dia still tunggu nak mesej aku. Sekali bukak mesej tuh sah sah memang dari dia. Dalam mesej tu antaranya dia ada mintak nombor telefon dan aku pun tak tahu kenapa masa tuh memang baik hati je bagi nombor telefon dekat dia walaupun sebelum ni dah banyak kali dia mintak aku tak bagi.



OGOS 2015 

Dipendekkan cerita sampai usia perkenalan setahun lebih, bulan Ogos 2015  dia mesej aku dan mintak hubungan kitorang ke arah yang lebih serius. Sebelum ni memang berkali-kali dia suarakan hasrat yang sama tapi aku tak peduli je sebab tu la kot dia jadi give up nak mesej aku selalu. Jual mahal katanya. Tapi lepas dapat mesej dia malam tu aku rasa lain. Entah laa perasaan tu tak reti nak cerita. Jawapan aku masa tuh mintak dia bagi aku masa sehari untuk fikir. Dan lepas tu memang aku terus mesej yang. Cerita dekat yana dan aku pun tak sangka jawapan yana 'terima je la naa. Dah lama kot dia tunggu ko, ko tak layan dia tapi dia still nak ko maksudnya dia bersungguh la tuh'. Masa tu banyak benda aku fikir. Yerla aku tak kenal dia kot, even tak pernah jumpa langsung tapi macam mana nak ke arah yang lebih serius. Semalaman aku fikir dan lepas mintak dia bagi masa sehari aku memang tak contact dia langsung, sampai la keesokannya pagi-pagi lagi aku terima mesej dari dia "camne? ya atau tak ?" Dengan pendeknya aku balas 'Ya'. Dan dia balas " yeayyy! akhirnya". Tapi dalam hati aku masa tuh bercampur perasaan betul ke tak keputusan aku ni, aku tak kenal dia tapi boleh cakap yaa. Dah 3 tahun kitorang berhubung melalui mesej dan sekalipun tak pernah borak melalui telefon. Masing-masing masih lagi malu. Lepas aku terima dia tuh macam teragak-agak nak cerita dekat umi. Yerla takut umi marah langsung tak kenal si mamat ni. Berhubung melalui telefon bukannya 100% betul kan. Entah-entah mamat ni negro yang nak perangkap aku. Macam-macam fikir weyyy! Haha.


Dah hampir sebulan serius sampai la satu masa aku berani nak cerita dekat umi. 1st soalan umi, dia asal mana ? Then aku jawab "Kelantan". "Budak UM jugak ke ?". Aku cakap "tak, dia dah 26 dah dan dah kerja". Masa tuh berulang kali umi tanya aku dia dah kahwin ke belum? Aku cakap belum. Betul belum kahwin? Dah cek betol-betol? Dengan yakin aku cakap betul sebab memang scroll facebook dia sebelum ni pon memang takde sebut pasal dah kahwin ke dah ada isteri ke. Umi tak tahu yang aku ni kalau bab stalker tak pernah kalah. Hehe. Lepastu umi terus cakap "suruh dia datang rumah. Kenal kat telefon je mana jadi. Datang rumah nak tengok orangnya macamana". Lepas umi cakap macam tu tak tahu la nak rasa seronok ke apa sebab takot jugak dia ni memang dah kahwin ke, dah ada anak bini ke, takot gilerr weyy! Tapi macam dah dapat green light dari umi tuhh. Hihi. Then lepas umi cakap camtuh terus text dan bagitahu dia umi suruh datang rumah nak kenal dan dia cakap boleh dan dalam masa yang sama berdebar katanya. Hehe ingat dia je rasa macam tuhhh?! Bincang punya bincang set laa yang dia nak datang rumah masa raya haji.

OKTOBER 2015

Time ni dia datang sorang. Kononnya datang jalan-jalan nak beraya laa. Aku time tuh memang tak yah cakap laa. Dah jenis habitat darah gemuruh sejuk habis kaki tangan. Mana taknya kenal dah 3 tahun, tak pernah cakap fon langsung dan tiba masa hari ni nak kena jumpa dia. Pakej pulak tuh jumpa dengan family sekali. Tuhan je tahu macam mana perasaan masa tuh. Tapi sebalik semua ni orang yang paling aku percaya adalah kaklong. Sebelum ajak dia datang rumah aku cite siap-siap kat kaklong. Kaklong laa yang bagi cadangan suruh dia datang time raya haji. Kaklong laa satu-satunya the best sister in the world sporting habiss! Kaklong orang yang kedua tahu pasal suami selepas umi n kaklong jugak la yang rancang masak itu masak ini. Hehe.  Kakak-kakak yang lain pon sporting tapi malu sikit nak cerita tapi dekat kaklong boleh jadi semua benda cerita tanpa tapis-tapis. Haha! Tq long!



OGOS 2015

Dah hampir setahun. Lepas dah serius ape sume dah lepas sesi risik merisik khabar makanya cadang laa nak tunang masa aku tengah cuti semester panjang. 22 Ogos 2015 kami tunang. Macam tak percaya, dulu tak suka, tak layan, jual mahal tapi sekarang dah nak tunang. Cantiknya percaturan Allah kan. Moral of the story. Jangan benci orang sangat kang kahwin kanggg haa haaa! Kami ikat setahun dan rancang kahwin ogos 2016 masa aku cuti semester jugak sebelum masuk final year. Heee :)








OGOS 2016

Kami nikah pada 27 Ogos 2016 (ni ciksomi kalau tak ingat tarikh anniversary siap! Banyak laa kena bodek beli baju japgi haaa! Kan mendapat tuhh ). Alhamdulillah kami selamat diijabkabulkan dengan berwalikan adik lelaki aku. Hmm gembira tapi campur sedih. Sebab apa, sebab arwah abah tak sempat tengok aku masuk UM, tak sempat tengok result SPM aku dan paling sedih tak sempat tengok aku kahwin pon. Tak tertahan air mata masa ni. Sebelum start majlis akad tuh aku tak boleh tahan nak nangis. Habis makeup ku di hapus oleh air mata. Haha! Sebaknya Allah je yang tahu. Yerlaa, lagipun lepas ni kehidupan tak sama dah. Dulu pergi mana-mana dengan umi, umi teman pergi sana, umi teman pergi sini, umi beli itu beli ini. Kalau cuti semester terus balik rumah. Time balik laa umi ajak pergi teman beli barang dapur, teman pergi dengar ceramah, teman gi checkup klinik.  Sekarang suami bagi je balik kalau cuti semester and dia tak pernah cakap tak boleh and tak halang langsung. Tapi sebab aku fikir tanggungjawab, makan dia, pakaian dia. Tak sampai hati nak bia suami balik kerja masak megi hari-hari. Aku nak buat macam mana umi buat masa arwah abah ada dulu. Umi masak kat abah, umi jaga abah kat hospital time abah sakit sampai bengkak sembab kaki umi, jaga makan pakai abah and sebab tuh abah time makan dia bersungguh sebab umi masak sedap tambahan pulak umi suka masak.
InsyaAllah syurga buat umi. Aamiin. 










31 OGOS 2016

31 Ogos 2016 majlis bersanding kami.  Syukur alhamdulillah rezeki kahwin. Umi, kakak-kakak, abang-abang ipar and adik laa tulang belakang di sebalik majlis ni. Tanpa diorang tak mungkin majlis boleh berjalan dengan lancar. Terima kasih long, ngah, cik, mimi, n syafiq sponsor itu ini, tolong itu ini untuk majlis ku. Alhamdulillah. InsyaAllah nanti ada masa dan tahap kerajinan yang tinggi aku review kan satu-satu bermula daripada hantaran, pelamin, make up, fotoghrapher, photobooth, goodies dan lain-lain dalam entry akan datang. InsyaAllah boleh dijadikan panduan jugak untuk bride to be sekalian. Doakan aku kuat dan rajin ye.  Aku takde la expert sangat tapi since aku dah melalui fasa perit jerih preparation untuk kahwin ni so tak jadi masalah rasanya untuk share dekat korang especially kawan-kawan sekelas yang bakal menamatkan zaman bujang. Dengar kata ramai nak kenduri lepas praktikal nanti. Ecehh memandai. Haha. 



My Lovely sibling yang banyak tolong masa nak kenduri hari tu.






Dayangku intan sayang. Tq sudi ambik cuti semata-mata nak jadi bridesmaid ku. Love uolssss soooo muchhhh!



Jadi itu je laa ceritanya camne kami kenal sampai la ke jinjang pelamin dari benci kepada suka, dari suka terus sayang, lepas sayang terus kahwin haaaa! Tak de la best sangat pon tapi ok laa sebagai kenang-kenangan untuk kami suami isteri. Kalau anak-anak tanya nanti camne boleh kenal senang keje akuu haa ko gi baca blog ibu.. Muahaaaa!


Selepas majlis haritu tak ucap terima kasih secara official dekat fb sebab fon buat hal. Jadi di kesempatan ini nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat family tersayang banyak tolong untuk menjayakan majlis ni, sedara mara serta kawan-kawan umi yang banyak tolong ringankan beban umi masak rewang-rewang, kawan-kawan UM yang sudi datang dari jauh semata-mata untuk menghadiri majlis ku. Tak lupa juga bridesmaidku tersayang. TQ sudi korbankan masa, wang, dan tenaga untuk menjadi dayang di hari bahagia aku. Terima kasih juga Kak Zura buat pelamin cantik sangattttttt dan baju-baju pengantin yang gojesss macam princess bila pakai, terima kasih juga Kak Nana sebab makeupkan saya dan phothographeryang sporting habis serta hasil yang sangat superbbb.





 Terima kasih semua. Doakan kami bahagia hingga ke jannah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah kelak serta jadi anak dan menantu yang baik untuk ibubapa kami. Aamiiin.  




Salam sayang dan terima kasih sudi baca




p/s : nantikan next entry aku update satu-satu servis dan perkhidmatan mereka-mereka yang aku mention dekat atas tuh k. 














!...Lepas baca LIKE dan KOMEN sekali tau...!